Baru hari ni teringat nak cari berita terkini NKOTB. Teringat ketika zaman remaja, bersungguh-sungguh meminati NKOTB. Dari situ dahulu aku belajar bahasa Inggeris kerana minat yang sangat mendalam pada lagu-lagunya. Ku temui sedikit kegembiraan untuk hari ini sebagai bekalan pulang nanti untuk melayan karenah anak-anak dan menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri.
Ku sedari, hidupku hari ini gembira kerana Putera dan Puteriku. Suami? Entahlahh..... Ada seperti tiada. Ketiadaannya tidak mendatangkan rindu dalam jiwa ini. Malahan aku rasa senang sekali dengan ketiadaannya. Aku bebas melakukan perkara-perkara yang boleh merawat jiwa yang duka ini. Kalau bukan kerana Putera dan Puteriku ini, jiwa ku kosong dengan cinta. Tiada gurau senda dari seorang lelaki bernama suami. Malahan sering dihina dan dijatuhkan mertabatku sebagai isteri. Aku dicaci. Ya Allah! Tabahkan lah hati hambamu.
Aku sangat takut sekiranya aku diuji dengan cinta sesama manusia selagi aku masih dalam ikatan perkahwinan ini. Ternyata, aku tahu, aku masih mencintai yang dahulu dalam diam. Gembira bercampur cemburu melihat dia bahagia. Aku selalu berdoa pada Allah, jadikan lah juga kebahagiaan itu milikku juga. Amin.
Thursday, November 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)